Selasa, 8 Julai 2025
UTAMATERKINISyed Saddiq harap kebenaran menang lepas lima tahun menanti

Syed Saddiq harap kebenaran menang lepas lima tahun menanti

- Advertisement -

PUTRAJAYA – “Setelah lima tahun menunggu, saya harap kebenaran akan menang di mahkamah pada hari ini.”

Demikian luahan penuh harapan daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika hadir ke Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman pagi ini bagi mendengar keputusan rayuan berhubung sabitan dan hukuman ke atas dirinya melibatkan empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Syed Saddiq yang tiba kira-kira jam 8.35 pagi, kelihatan tenang dan tabah menghadapi detik penting dalam perjuangan undang-undangnya yang telah berlarutan sejak tahun 2020.

“Saya terhutang budi kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan kepimpinan muda dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan, sama ada hadir secara fizikal mahupun dalam talian,” katanya kepada media.

Beliau turut meluahkan rasa terharu apabila dimaklumkan ada pihak yang telah menganjurkan sesi bacaan Yassin secara maya setiap malam sejak beberapa hari lalu bagi mendoakan keputusan yang memihak kepada beliau.

“Setiap malam ada sesi bacaan Yassin, sama ada melalui TikTok atau Zoom. Saya amat terharu dan benar-benar terhutang budi.

“Biarlah para hakim menentukan. Saya hanya mampu berdoa dan percaya kepada sistem keadilan,” tambahnya.

Terdahulu, kelibat pelakon terkenal Bella Astillah turut mencuri perhatian apabila beliau dilihat tiba lebih awal di kompleks mahkamah dipercayai bagi menemani serta memberikan sokongan kepada Syed Saddiq sepanjang prosiding berlangsung.

Keputusan rayuan kes tersebut menjadi tumpuan ramai, khususnya dalam kalangan penyokong politik dan rakyat yang mengikuti rapat perjalanan kes figura muda politik tanah air itu.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN