Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURAN‘Tak Balik Raya’ curi perhatian, lagu raya wajib tahun ini?

‘Tak Balik Raya’ curi perhatian, lagu raya wajib tahun ini?

- Advertisement -
Lagu ini mengisahkan dilema individu yang terpaksa menyambut lebaran berjauhan dengan keluarga kerana komitmen kerja. (Foto MYBERITA)


KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja berbakat, Umairah, yang kini bernaung di bawah SN Legacy Sdn. Bhd., tampil memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan single raya berjudul Tak Balik Raya.

Lagu ini mengisahkan dilema individu yang terpaksa menyambut lebaran berjauhan dengan keluarga kerana komitmen kerja.
 
Meskipun liriknya menyentuh perasaan dengan elemen kerinduan dan kesayuan, lagu ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito ini tetap menampilkan melodi segar yang menyuntik kegembiraan. Menurut Umairah, Tak Balik Raya menggambarkan realiti yang sering dialami anak rantau apabila tibanya musim perayaan.
 
“Biarpun tidak dapat pulang ke kampung, teknologi moden membolehkan kita terus berhubung dengan keluarga melalui panggilan telefon atau video. Lagu ini mudah melekat di fikiran, dan sejak teaser-nya dikeluarkan, saya menerima banyak maklum balas positif daripada warganet,” kata Umairah, juara kategori vokal (junior) di World Championships Of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
 
Umairah mendedahkan bahawa dia jatuh cinta dengan lagu ini sejak pertama kali mendengar demo yang diberikan beberapa bulan lalu.

“Saya tidak menunggu lama untuk bersetuju merakamkan lagu ini kerana muzik dan emosi yang disampaikan sangat sesuai dengan jiwa remaja saya,” tambahnya.
 
Video muzik Tak Balik Raya arahan Rifaiee Rio telah dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 7 Mac lalu.


Menariknya, Umairah turut menampilkan penari pengiring yang terdiri daripada rakan-rakannya di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, sebagai satu usaha memberi peluang kepada bakat muda dalam bidang tari.
 
Lagu ini turut mendapat sokongan penuh daripada Universal Music Sdn. Bhd. sebagai pengedar rasmi, yang membantu mempromosikan Tak Balik Raya khususnya sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN