Ahad, 20 Julai 2025
UTAMAHIBURANTak pernah nyanyi lagu tradisional, tapi tengok Ray-D macam 'dah pro'

Tak pernah nyanyi lagu tradisional, tapi tengok Ray-D macam ‘dah pro’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Peserta Big Stage Alpha, Ray-D, meluahkan rasa syukur dan teruja selepas menyampaikan persembahan lagu tradisional buat pertama kali di pentas besar sempena konsert minggu keempat malam tadi.

Menerusi persembahan bertenaga membawakan lagu Laksamana Raja Di Laut yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk M. Daud Kilau, Ray-D berjaya mencuri perhatian juri dan penonton dengan gaya persembahan yang memukau serta keyakinan yang terserlah di pentas.

“Sebenarnya lagu tradisional, saya tak pernah nyanyi atas pentas yang besar macam ni. Ini kali pertama saya buat lagu tradisional. Tapi mungkin, macam Dato’ Ismizal cakap tadi, saya nampak biasa sebab saya menari. Jadi nampak macam saya tak nervous, tapi sebenarnya saya nervous,” katanya ketika ditemui MYBERITA.

Menurut Ray-D, pengalaman sebagai penari banyak membantu dalam mempersembahkan lagu berunsur tradisional itu dengan penuh gaya dan penghayatan.

“Saya bersyukur sebab dapat deliver lagu tu dengan baik. Lagu ni bukan mudah, sebab banyak elemen klasik dan lenggok Melayu. Tapi saya cuba sebaik mungkin untuk hormati lagu asal dan bawa elemen saya sendiri,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan sikapnya yang sentiasa terbuka untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan peserta lain.

“Saya tak kedekut ilmu sebab saya rasa bila kita lebih memberi, kita akan dapat lebih. Saya gembira bila ada orang kata perkara yang baik tentang saya, tapi saya tak boleh terlalu selesa dengan pujian. Setiap minggu kita tak tahu prestasi kita macam mana. Bila-bila masa boleh jatuh,” ujarnya penuh rendah diri.

Mengulas tentang hala tuju dalam pertandingan, Ray-D menegaskan bahawa fokusnya kini adalah untuk mengekalkan konsistensi bagi merebut tempat dalam kelompok enam terbaik yang bakal mara ke pentas akhir.

“Sekarang ni saya cuma nak konsisten je. Sebab final nanti mereka nak cari top 6. Jadi saya nak pastikan saya kekal dalam top 6,” katanya.

Big Stage Alpha kini memasuki minggu pertengahan saingan, dan Ray-D dilihat sebagai antara peserta yang semakin menyerlah dengan identiti seni tersendiri.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA