Ahad, 20 Julai 2025
UTAMAJENAYAHTampar pelajar kerana makan roti, warden tahfiz didenda RM1,200

Tampar pelajar kerana makan roti, warden tahfiz didenda RM1,200

- Advertisement -

KEMAMAN – Seorang warden pusat tahfiz didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah menampar seorang pelajar lelaki dalam kejadian yang berlaku pada April lalu.

Tertuduh, Mohd Norzaizhul Zainudin, 41, turut berdepan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, Mohd Norzaizhul didapati dengan sengaja mencederakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dengan menampar bahagian kiri dan kanan muka mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di asrama pusat tahfiz berkenaan kira-kira jam 3.45 petang pada 26 April lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi, manakala tertuduh diwakili peguam bela Masliela Ismail.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA