Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALTarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 30 Mac

Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetapkan 30 Mac

- Advertisement -
Foto hiasan


KUALA LUMPUR – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang 30 Mac 2025 bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah.
 
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, ketetapan itu dibuat bagi menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
 
“Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada malam itu melalui radio dan televisyen,” katanya.
 
Sehubungan itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut melibatkan 29 lokasi di seluruh Malaysia.
 
Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti berikut:
 

  1. Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
  3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
  5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
  11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
  19. Pusat Falak Miri, Sarawak
  20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  21. Pusat Falak Bintulu, Sarawak
  22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
  23. Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
  24. Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  25. Menara 188, Kuantan, Pahang
  26. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
  27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
  29. Menara Pandang, Masjid Al Hussain, Kuala Perlis, Perlis

Pengisytiharaan tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses cerapan selesai pada malam tersebut menerusi saluran televisyen dan radio.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN