Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMATERKINI"Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna" - PM Anwar

“Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna” – PM Anwar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang bakal menamatkan perkhidmatan rasminya pada 22 Jun ini.

Pertemuan tersebut merupakan penghargaan terakhir sebelum Razarudin menamatkan tempoh dua tahun perkhidmatan kontraknya sebagai individu nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Anwar melahirkan penghargaan atas segala jasa dan dedikasi yang dicurahkan Razarudin sepanjang menerajui pasukan keselamatan negara.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi Tan Sri Razarudin sepanjang menerajui PDRM.

“Saya mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik, serta kekuatan untuk terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti. Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna kepada rakyat dan negara,” katanya.

Razarudin mula dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023 selepas persaraan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalid Ismail diumumkan sebagai pengganti Razarudin dan bakal menyandang jawatan Ketua Polis Negara ke-15 bermula 22 Jun ini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN