Khamis, 17 Julai 2025
UTAMADUNIANahas Air India: Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas

Nahas Air India: Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas

- Advertisement -

AHMEDABAD – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Air India yang dalam perjalanan ke London terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad petang ini, hanya beberapa minit selepas berlepas, menurut laporan saluran berita CNBC.

Pesawat jenis Boeing 787 itu membawa seramai 232 penumpang dan 10 anak kapal ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 1.17 tengah hari waktu tempatan. Kepulan asap hitam tebal dilaporkan kelihatan menjulang dari kawasan Dharpur, berhampiran bandar Meghaninagar, lokasi di mana pesawat itu dipercayai terhempas.

30

Pasukan bomba dan unit tindak balas kecemasan dilaporkan telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat insiden. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, namun belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa terselamat atau terkorban.

Menurut kenyataan Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India (DGCA), pesawat berkenaan telah mengeluarkan panggilan kecemasan “MAYDAY” beberapa ketika selepas berlepas sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara. Pesawat itu kemudiannya disahkan terhempas di luar perimeter lapangan terbang.

31

Setakat ini, punca sebenar nahas masih belum dapat dipastikan dan siasatan awal sedang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan.

Laporan awal turut menyebut bahawa daripada keseluruhan penumpang dan anak kapal, seramai 169 merupakan warga tempatan, manakala selebihnya adalah penumpang warga asing.

32

Maklumat lanjut mengenai insiden ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pihak berkuasa juga meminta orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN