Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASATerminal 1 Seremban lengang, ramai penumpang dah balik kampung awal

Terminal 1 Seremban lengang, ramai penumpang dah balik kampung awal

- Advertisement -

SEREMBAN – Suasana di Terminal 1 Seremban setakat petang tadi kelihatan lebih lengang berbanding hari biasa apabila orang ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung lebih awal sempena musim perayaan.

Orang ramai telah membeli tiket lebih awal dan kebanyakan penumpang hanya hadir ke terminal bas di sini hari ini, untuk mendaftar masuk sebelum menaiki bas masing-masing.

Menurut Pegawai Bertugas Terminal 1 Seremban, Muhammad Iman Haiqal Ramlanrose, pihaknya telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi peningkatan jumlah penumpang.

Langkah keselamatan dipertingkatkan untuk memastikan kelancaran pergerakan bas serta keselesaan penumpang sepanjang perjalanan.

“Kami memastikan semua penumpang mematuhi prosedur keselamatan sebelum menaiki bas. Pasukan kami bersedia untuk membantu serta mengawal aliran keluar masuk bagi mengelakkan kesesakan di terminal,” katanya ketika ditemui di sini.

Beberapa penumpang yang ditemui menyatakan mereka lebih selesa membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kesulitan pada saat akhir.

Ada juga yang datang bersama keluarga sejak awal pagi untuk memastikan segala urusan perjalanan berjalan lancar.

Bagi pemandu bas, kelancaran operasi di terminal memudahkan mereka mengekalkan jadual perjalanan yang telah ditetapkan.

Menurut seorang pemandu, perancangan awal penumpang membantu mengurangkan kelewatan, sekali gus memastikan perjalanan lebih teratur.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN