Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAJENAYAHTertembak diri sendiri, anggota polis dirawat di zon merah

Tertembak diri sendiri, anggota polis dirawat di zon merah

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, pada petang Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad memaklumkan, anggota terbabit berusia 58 tahun dan bertugas di Cawangan Kem Komandan, IPK Pulau Pinang.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 6.12 petang di Bilik Pengawal IPK, di mana mangsa ditemui dalam keadaan parah dengan kecederaan di bahagian kepala akibat tembakan menggunakan sepucuk pistol.

“Hasil siasatan awal mendapati satu das tembakan telah dilepaskan dari senjata milik anggota berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan pihak polis sedang menyiasat insiden ini dari pelbagai sudut.

Setakat kenyataan ini dikeluarkan, mangsa sedang menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN