Selasa, 8 Julai 2025
UTAMADUNIAThailand lantik pemangku Perdana Menteri sehari gantikan Paetongtarn Shinawatra

Thailand lantik pemangku Perdana Menteri sehari gantikan Paetongtarn Shinawatra

- Advertisement -

BANGKOK – Thailand melantik Pemangku Perdana Menteri baharu untuk tempoh sehari hari ini, selepas Paetongtarn Shinawatra digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan susulan dakwaan pelanggaran etika dalam krisis diplomatik dengan Kemboja.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit, dipilih untuk menerajui kerajaan sementara dan telah menjalankan tugas rasmi termasuk menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-93 penubuhan Pejabat Perdana Menteri di Bangkok.

Tempoh perkhidmatannya dijangka hanya berlangsung kurang 93 jam, di tengah-tengah kemelut politik yang melanda negara itu berikutan penggantungan mendadak terhadap Paetongtarn, anak perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Ketika ditemui media, Suriya, 70, enggan mengulas lanjut mengenai kepimpinan singkatnya, namun menyatakan keutamaan beliau kini adalah menandatangani dokumen penting bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar.

Mahkamah Perlembagaan semalam memutuskan bahawa terdapat asas kukuh untuk menyiasat Paetongtarn atas kemungkinan melanggar etika jawatan, terutama dalam isu sensitif membabitkan hubungan dengan Kemboja. Paetongtarn digantung tugas sementara, dan siasatan dijangka mengambil masa beberapa bulan.

Tempoh singkat Suriya sebagai pemangku perdana menteri akan berakhir esok susulan rombakan kabinet yang sudah dijadualkan lebih awal. Dalam rombakan tersebut, Phumtham Wechayachai dijangka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, mengisi kekosongan jawatan dengan kedudukan lebih tinggi berbanding Suriya.

Pelantikan pemangku perdana menteri secara sementara ini mencerminkan ketidaktentuan politik Thailand yang masih berlarutan sejak sekian lama, terutamanya membabitkan pengaruh keluarga Shinawatra dalam landskap politik negara itu.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN