Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURANTiada imuniti, Que tersingkir Big Stage Alpha minggu keempat

Tiada imuniti, Que tersingkir Big Stage Alpha minggu keempat

- Advertisement -

SHAH ALAM – Perjalanan Que di pentas Big Stage Alpha berakhir apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu keempat program realiti tersebut.

Membawakan lagu Satu Peluang yang dipopularkan oleh Andi Bernadee, Que gagal meyakinkan barisan juri dengan persembahan yang kurang menyerlah, menyebabkan beliau tersenarai dalam kelompok tiga tercorot bersama Allan Andersn dan Awienit.

2

Dalam pada itu, pentas minggu ini menyaksikan Rizal Rashid mencuri tumpuan ramai apabila berada di tangga pertama kedudukan peserta. Persembahan mantap dan bertenaga Rizal meletakkannya di tangga teratas, mengatasi dua pencabar terdekatnya, Izat Ibrahim dan Ariel Fesol.

Sementara itu, Awienit yang turut berada dalam kedudukan berisiko tersingkir, membawa pulang Anugerah Ikon Perfume Paradise bagi minggu ketiga sebagai penghargaan terhadap gaya dan penampilannya yang konsisten menarik perhatian.

Big Stage Alpha bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu dan dikendalikan oleh pasangan pengacara serasi, Elly Mazlein dan Rina Nose.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN