- Advertisement -
 |
Prosiding rayuan yang berlangsung selama dua hari bermula dengan hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Syed Saddiq, sebelum disusuli hujahan daripada pihak pendakwaan pada hari berikutnya. (Foto Berita Harian) |
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini memaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat pada Rabu berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Prosiding rayuan yang berlangsung selama dua hari bermula dengan hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Syed Saddiq, sebelum disusuli hujahan daripada pihak pendakwaan pada hari berikutnya.
Syed Saddiq, 33, sebelum ini didakwa atas empat pertuduhan termasuk pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Armada.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.
“Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari.
“Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi.
Prosiding tersebut kemudiannya diteruskan dengan hujahan daripada peguam Syed Saddiq, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang membela anak guamnya terhadap pertuduhan berkenaan.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan bahawa hujahan bagi kedua-dua pihak akan dijalankan selama dua hari, iaitu pada 19 dan 20 Mac.
Iklan