Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANTidak sehaluan punca berpisah, kini Nina Iskandar fokus membesarkan anak

Tidak sehaluan punca berpisah, kini Nina Iskandar fokus membesarkan anak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas lama menyepi daripada dunia hiburan, pelakon Nina Iskandar akhirnya mengesahkan dirinya sudah bergelar janda selepas bercerai dengan bekas suami yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan pada tahun lalu.

Menurut Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 33, perpisahan tersebut berlaku secara baik tanpa melibatkan sebarang pihak ketiga, namun disebabkan sudah tiada lagi keserasian dalam rumah tangga.

“Saya dan bekas suami sah bercerai tahun lalu. Tiada pihak ketiga terlibat, cuma kami dah tak sehaluan dan rasa perpisahan adalah yang terbaik demi anak kami, Rizqin. Kami tak mahu dia membesar dalam suasana yang dingin dan membebankan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Skandarl Beauty, hari ini.

Pelakon drama Andainya Takdir itu turut mendedahkan bahawa mereka telah tidak tinggal sebumbung sejak pertengahan 2022, namun memilih untuk tidak menghebahkan kepada umum atas dasar menjaga sensitiviti keluarga kedua-dua belah pihak.

“Ketika itu, tiada keputusan rasmi mengenai status kami, jadi saya memilih untuk berdiam diri demi menjaga hati semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nina menegaskan meskipun mereka sudah berpisah, tanggungjawab terhadap anak mereka, Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia lima tahun akan tetap digalas bersama.

“Kami sepakat besarkan Rizqin bersama. Saya tidak mahu pisahkan dia daripada ayahnya kerana mereka tetap ada ikatan darah. Saya juga bawa Rizqin ke Johor untuk bertemu keluarga bekas suami bagi memastikan hubungan kekeluargaan tetap terjalin,” tambahnya.

Terdahulu, Nina dan Mohd Azlan mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN