Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASATiga maut, dua cedera dalam kemalangan empat kenderaan

Tiga maut, dua cedera dalam kemalangan empat kenderaan

- Advertisement -
Tiga maut dan dua cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 58.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi tadi. Foto Ihsan Bomba


PENDANG – Tiga individu maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 58.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi tadi.
Kemalangan yang berlaku sekitar pukul 3.15 pagi itu membabitkan sebuah kereta Proton Saga BLM, sebuah pikap, serta dua lori. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati beberapa mangsa tersepit dalam kereta. Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka, namun tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi mangsa yang menaiki pikap mengalami kecederaan,” katanya.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa lorong kanan menghala utara telah dibuka, manakala lorong kiri masih ditutup setakat pukul 7.16 pagi.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN