Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMANASIONALTiga rumah teres musnah dalam kebakaran

Tiga rumah teres musnah dalam kebakaran

- Advertisement -

KLANG — Tiga buah rumah teres setingkat di Taman Sri Gadong, Klang, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.09 malam sebelum mengerahkan 16 pegawai serta anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan, Klang Utara, dan Andalas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kebakaran hanya melibatkan sebuah rumah, namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati api merebak sehingga memusnahkan tiga rumah teres,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.45 malam.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN