Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANTomok sambung pengajian Master di UPSI, pilih bidang pengajian persembahan

Tomok sambung pengajian Master di UPSI, pilih bidang pengajian persembahan

- Advertisement -
Menerusi perkongsian di laman Instagram pada Rabu, Tomok mengumumkan bahawa beliau telah menerima tawaran kemasukan ke program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan di UPSI. (Foto Instagram Tomok)


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, berkongsi berita gembira mengenai perjalanan akademiknya yang baharu selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Menerusi perkongsian di laman Instagram pada Rabu, Tomok mengumumkan bahawa beliau telah menerima tawaran kemasukan ke program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bagi sesi sepenuh masa Semester 2, 2024/2025.

“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM), semoga dipermudahkan, Amin,” luahnya.



Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang itu pernah mengakui berasa ragu-ragu untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana bimbang tidak dapat menyeimbangkan antara pelajaran dan komitmen lain. Namun, beliau berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM pada November tahun lalu.
 
Perkongsian Tomok mendapat reaksi positif daripada peminat, yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata semangat.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk “Good luck!”, “Terbaik idola, teruskan menyumbang dengan ilmu!” dan “Alhamdulillah, tahniah! Welcome to UPSI!”.
 
Semoga perjalanan akademik Tomok dipermudahkan dan terus menjadi inspirasi buat peminat serta generasi muda yang ingin mengejar ilmu di samping kerjaya seni.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN