Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAMAHKAMAHTragedi FRU: Pemandu lori bebas dengan jaminan

Tragedi FRU: Pemandu lori bebas dengan jaminan

- Advertisement -

IPOH – Pemandu lori yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam satu kemalangan ngeri minggu lalu akan dibebaskan dari lokap selepas wang jaminan sebanyak RM6,000 dibayar majikannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin memaklumkan bahawa lelaki terbabit, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, akan dibebaskan selepas wang jaminan dijelaskan dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Rudi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat lalu atas sembilan pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik pada 13 Mei lalu.

Mangsa-mangsa yang terkorban termasuk S. Perumal, 44; Mohd. Roslan Abd Rahim, 46; Mohd. Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33 dan Akmal Wafi Annuar, 28.

Hakim Norhamizah Shaiffudin membenarkan jaminan RM6,000 bagi kesemua pertuduhan, selain mengenakan syarat tambahan termasuk penggantungan lesen memandu tertuduh dan kewajipan melapor diri di balai polis setiap minggu.

Kes tersebut akan disebut semula di mahkamah pada 17 Jun depan bagi tujuan lantikan peguam dan perkembangan seterusnya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN