Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASEMASATragedi UPSI: Syarikat bas nafi masalah teknikal, bas sudah diselenggara bulan lalu...

Tragedi UPSI: Syarikat bas nafi masalah teknikal, bas sudah diselenggara bulan lalu dan pemandu juga berpengalaman

- Advertisement -

KOTA BHARU – Syarikat Kenari Utara tampil menjelaskan bahawa bas milik mereka yang terbabit dalam kemalangan tragis sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berada dalam keadaan baik dan telah diselenggara sepenuhnya bulan lalu.

Pegawai Operasi syarikat berkenaan, Nazri Nawi berkata, pihaknya amat terkesan dengan kejadian menyayat hati itu dan menegaskan bahawa kenderaan tersebut tidak menghadapi sebarang masalah teknikal sebelum kemalangan.

“Apa yang berlaku amat menyedihkan. Saya tidak terlalu fikir soal bas, tetapi saya sangat terkesan apabila penuntut UPSI meninggal dunia dan ada yang cedera menaiki bas kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, bas tersebut dibeli pada tahun 2013 dan masih dalam tempoh sah digunakan sebagai bas persiaran selama lima tahun lagi. Ia juga diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Nazri turut memaklumkan bahawa pemandu bas terbabit yang dipinjam daripada syarikat lain merupakan individu berpengalaman, berhemah dan biasa dengan laluan antara Gerik dan Jeli.

“Saya dimaklumkan pemandu itu tiada sebarang rekod buruk dan sudah biasa dengan kawasan tersebut,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dan berharap siasatan dapat dilakukan dengan telus.

Terdahulu, 15 pelajar UPSI disahkan maut, manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan ngeri melibatkan bas persiaran yang terbalik di Jalan Jeli-Grik, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi. Sebanyak 48 penumpang dilaporkan berada dalam bas tersebut ketika kejadian berlaku.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN