Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASAWarga emas OKU rentung, ahli keluarga cedera dalam kebakaran

Warga emas OKU rentung, ahli keluarga cedera dalam kebakaran

- Advertisement -

MARANG – Seorang wanita warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) maut, manakala anak perempuannya serta dua cucu cedera dalam satu kejadian kebakaran rumah di Taman Emas Murni, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Timbalan Penguasa Bomba Che Badrul Isham Che Mohd Noor, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.20 pagi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Razaida Mohamad, 78 tahun, ditemui rentung di bilik belakang rumah kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri akibat keuzuran.

Ketika kejadian, mangsa berada bersama anaknya, Halimatun Mad Zin, 49, dan dua cucunya, Nur Aishah Abdul Hadi, 23, serta Mohammad Nur Hakim Abdul Hadi, 18.

Bagaimanapun, Halimatun dan dua anaknya sempat menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh hampir 30 minit,” ujar Che Badrul Isham.

Mayat Razaida kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN