Faisal Halim kembali perkuat Harimau Malaya hadapi Nepal

Foto Faisal Halim


KUALA LUMPUR – Pemain sayap lincah, Faisal Halim, bakal kembali menyarung jersi Harimau Malaya dalam kem latihan pusat menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.
Perkara ini disahkan oleh pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, dalam sidang akhbar pengumuman senarai 27 pemain yang akan bersama Harimau Malaya bagi perlawanan tersebut.
Cklamovski berkata, Faisal dipanggil selepas dipantau ketika beraksi bersama Selangor FC minggu lalu.
\”Melihat kepada profil semua pemain, dia seorang pemain yang positif dan menarik di atas padang.

\”Saya menilainya minggu lalu dan melihat kesungguhan yang dipamerkan. Saya lihat dalam matanya ada keinginan dan dia sudah bersedia untuk kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

\”Sebab itu dia berada dalam pasukan kali ini,\” katanya.
Faisal sebelum ini menjadi antara tonggak utama pasukan kebangsaan, namun kecederaan akibat insiden simbahan asid pada 5 Mei lalu menyebabkan dia terpaksa berehat panjang.
Pemain lincah itu turut menghadapi cabaran untuk kembali ke prestasi terbaiknya. Bagaimanapun, hatrik yang dilakukannya ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Liga Super pada Ahad membuktikan Faisal semakin mendapat sentuhan seperti dahulu.
Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya akan bermula Isnin ini di Johor Bahru sebelum menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027, menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac.
BACA JUGA:  Mimi Fly mohon maaf, video muzik Serumpun dilancar semula
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...