Home Semasa Rosyam Nor terima kritikan positif, anggap bukti lakonan berkesan

Rosyam Nor terima kritikan positif, anggap bukti lakonan berkesan

0
Rosyam Nor terima kritikan positif, anggap bukti lakonan berkesan
Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.

Rosyam Nor berharap masyarakat dapat melihat mesej sebenar yang ingin disampaikan melalui drama tersebut.


KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Rosyam Nor, menganggap kritikan hebat yang diterimanya susulan babak kontroversi dalam drama Keluarga Itu sebagai satu petanda positif yang menunjukkan lakonannya berjaya memberi kesan kepada penonton.

Tidak gentar dengan kecaman yang dilemparkan di media sosial, Rosyam, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 58, berharap masyarakat dapat melihat mesej sebenar yang ingin disampaikan melalui drama tersebut.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai pelakon supaya orang memahami apa yang tersirat dalam cerita ini. Kalau bercakap soal kecaman, kami sebagai pelakon sudah lali dengannya, sama ada melakukan perkara baik atau buruk,” katanya kepada pemberita.

Rosyam juga menegaskan bahawa isu yang dipaparkan dalam Keluarga Itu memang wujud dalam realiti masyarakat dan tidak seharusnya disembunyikan.

“Ini adalah untuk generasi akan datang. Susah kalau kita nak sorokkan perkara itu. Hiburan juga merupakan platform untuk menyampaikan dakwah dan pengajaran kepada masyarakat,” tambahnya ketika ditemui pada Sidang Media dan Majlis Tayangan Program Raya Astro 2025 yang berlangsung di Bandar Utama malam tadi.

Drama Keluarga Itu yang disiarkan di Astro mendapat perhatian ramai selepas memaparkan satu babak yang dianggap sensitif oleh segelintir penonton. Namun, Rosyam menegaskan bahawa elemen tersebut diperlukan bagi menyampaikan realiti kehidupan sebenar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here