Mimi Fly mohon maaf, video muzik Serumpun dilancar semula

KUALA LUMPUR â€“ Kontroversi berkaitan video muzik (MV) Serumpun akhirnya menemui noktah apabila penyanyinya, Mimi Fly, memohon maaf kepada semua pihak yang berasa kurang selesa dengan penampilannya dalam MV tersebut.
Mimi, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, menerusi hantaran video di Instagram mengakui kesilapannya dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

\”Sejak muzik video dilancarkan, saya menerima banyak maklum balas daripada peminat dan pendengar muzik Malaysia, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan. Ada yang memberikan komen positif, namun ada juga yang bimbang pendekatan seni saya ditafsir dengan cara yang salah,\” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan tersebut adalah satu kekhilafan dan telah mengambil langkah untuk menurunkan MV asal Serumpun sebagai tanda akur terhadap teguran yang diberikan.

\”Saya mohon jutaan kemaafan dan sangat bersyukur berpeluang meminta maaf sebelum menyambut Syawal,\” katanya lagi.

Mimi menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mempersendakan mana-mana pihak apabila mengenakan pakaian kurang sopan dalam MV tersebut.

\”Sebagai anak Melayu, bukan niat saya untuk menghina agama dan adat budaya. Saya akan memastikan setiap karya yang dihasilkan selepas ini lebih diterima, berkualiti, dan memberi makna mendalam kepada semua,\” ujar bekas anggota One Nation Emcees itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mimi bersyukur kerana pihak produksi bertindak pantas dalam menyelesaikan isu berkenaan dengan melakukan suntingan semula terhadap MV tersebut.

\”Kru produksi telah membuat olahan semula dan melancarkan kembali video muzik itu pada jam 11.11 pagi semalam. Saya berharap peminat terus mendengar Serumpun dan menghayati makna Aidilfitri menerusi lagu raya saya,\” katanya.

Sebelum ini, MV Serumpun dilaporkan hilang daripada YouTube pada Isnin lalu, sebelum dimuat naik semula dalam versi suntingan. Tinjauan mendapati dalam tempoh tidak sampai setengah jam, video muzik berkenaan menerima lebih 3,000 tontonan serta hampir seribu tanda suka.

BACA JUGA:  "Allah dah takdirkan dia pergi dulu", Adrian Adam reda pemergian abang
Netizen sebelum ini meluahkan rasa sedih dan kecewa di media sosial, termasuk di platform X, susulan MV Serumpun tidak lagi boleh ditonton. Ada yang membuat spekulasi bahawa video tersebut mungkin ditetapkan dalam mod privasi susulan kecaman terhadap penampilan berkemban Mimi dalam MV berkenaan.
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...