127 ribu anggota PDRM terima insentif rebat rahmah

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian Insentif Rebat Rahmah secara sekali bayar kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk anggota beruniform dan kakitangan awam, sebagai tanda penghargaan sempena Sambutan Hari Polis ke-218 yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 127,000 anggota PDRM.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi pada Selasa, inisiatif ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan dan komitmen PDRM dalam memastikan keselamatan negara.

Bagi anggota PDRM yang melanggan pelan pascabayar, mereka akan menerima rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan, yang akan diberikan pada bulan April, Mei, atau Jun, bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima.

Sementara itu, anggota yang menggunakan perkhidmatan prabayar akan menerima tambahan nilai minimum RM30 secara sekali bayar, dengan kaedah pemberian rebat berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Inisiatif ini disokong oleh syarikat telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE, dan XOX Com, yang akan memberi manfaat kepada lebih 127,000 anggota PDRM.

Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing dalam masa terdekat.

BACA JUGA:  Shafie Apdal kena surat tunjuk sebab hina mahkamah kes Zara Qairina
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...