Trafik di sekitar lebuh raya Pahang masih terkawal

KUALA LIPIS – Suasana menjelang Aidilfitri semakin terasa apabila orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tinjauan MYBERITA sekitar Pahang, khususnya di kawasan Raub, Kuala Lipis, Benta, dan Padang Tengku pada jam 2.42 petang mendapati keadaan trafik masih terkawal meskipun jumlah kenderaan di jalan raya semakin bertambah.

Seorang pengguna jalan raya dari Raub, yang ditemu bual secara dalam talian, mengakui terdapat peningkatan jumlah kenderaan berbanding hari biasa namun pergerakan masih lancar.

\”Kereta masih boleh bergerak, tidak seperti tahun lepas di mana banyak kenderaan tersadai lama di jalan raya.
\”Tapi kalau tengok hari ini, memang jumlah kenderaan lebih banyak berbanding semalam atau dua hari lepas. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi, keadaan trafik akan mula sesak,\” katanya.

Tambahan pula, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang, terutamanya pada petang ini, berikutan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) awal petang tadi.

Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramalkan melanda 10 negeri, termasuk beberapa kawasan di Pahang seperti Lipis, Raub, dan Bentong.

Keadaan cuaca yang tidak menentu ini bukan sahaja berpotensi menyebabkan jarak penglihatan terhad, malah turut meningkatkan risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Justeru, pengguna jalan raya disarankan untuk sentiasa peka terhadap keadaan semasa, memandu dengan berhati-hati, serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan.

BACA JUGA:  Pahang isytihar vape haram
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...