Blood Brothers: Bara Naga catat RM14.9 juta dalam 3 hari tayang

KUALA LUMPUR – Filem aksi tempatan “Blood Brothers: Bara Naga” mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM14.9 juta dalam tempoh hanya tiga hari tayangan, termasuk tayangan awal.

Perkembangan memberangsangkan ini diumumkan menerusi hantaran rasmi Instagram Primeworks Studios dan menjadikan Blood Brothers: Bara Naga antara filem tempatan dengan pembukaan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia untuk tahun 2025.

Filem yang mula ditayangkan pada 10 April lepas, arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra mengisahkan tentang Ariff, seorang pengawal peribadi setia yang difitnah mengkhianati ketua sindiket jenayah, Dato Zul. Dalam usahanya untuk membersihkan nama, Ariff bergabung dengan abangnya yang telah lama terpisah, Jaki. Namun, dia diburu oleh sahabat lamanya, Ghaz iaitu ketua pasukan elit yang pernah dianggapnya sebagai “Blood Brother”.

Barisan pelakon utama yang membintangi filem ini termasuk Syafiq Kyle (Ariff), Sharnaaz Ahmad (Ghaz), Syazwan Zulkifly (Jaki), Shukri Yahaya (Fadlan), dan Amelia Henderson (Sheila). Filem ini diterbitkan hasil kerjasama antara Skop Productions, Primeworks Studios, Komet Productions, D’Ayu Pictures dan Enotech Pictures dengan anggaran bajet sebanyak RM7 juta.

Blood Brothers: Bara Naga menerima sambutan hangat di lebih 170 pawagam seluruh negara, dengan jumlah penonton tertinggi dilaporkan di negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu. Selain dipuji kerana babak aksi yang mantap dan sinematografi berkualiti tinggi, filem ini turut menonjolkan naratif yang sarat dengan konflik emosi, kepercayaan dan pengkhianatan.

Dengan kutipan RM14.9 juta dalam masa yang begitu singkat, filem ini dijangka terus mencatat rekod baharu dan membuktikan bahawa karya tempatan mampu berdiri setanding dengan produksi antarabangsa dari segi kualiti dan sambutan.

BACA JUGA:  Baru habis doa terus dapat tawaran berlakon, Acha Septriasa kongsi kisah magik Qodrat 2

Blood Brothers: Bara Naga kini sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...