Saiful Apek kecewa Yassin masih belum pulang, impian beraya bersama terkubur

KUALA LUMPUR – “Dia sepatutnya pulang pada minggu keempat Ramadan,” demikian luah pelawak terkenal, Saiful Apek yang tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila impiannya untuk menyambut Aidilfitri bersama sahabat baiknya, Yassin, tidak kesampaian.

Menurut Saiful Apek atau nama sebenarnya Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, Yassin masih belum dapat kembali ke tanah air berikutan beberapa prosedur yang masih belum selesai di Arab Saudi.

“Saya rasa sedih sebab sudah menghebahkan dia akan pulang sebelum raya. Ketika itu, saya gembira sangat. Tapi saya difahamkan oleh keluarganya yang terdapat sedikit masalah berkaitan prosedur antara negara seperti tiket dan visa. Selain itu, dia juga perlu ke depo tahanan yang lain,” jelasnya kepada MYBERITA ketika ditemui pada tayangan perdana filem 6 Jilake, malam tadi.

Saiful turut memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui butiran lanjut mengenai situasi sebenar sahabatnya itu, namun tetap yakin Yassin akan pulang dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat dia akan pulang. Sebagai sahabat dan juga anggota kumpulan Senario, saya sabar menanti kepulangan dia. Saya mohon orang ramai berhenti membuat spekulasi dan andaian,” katanya.

Tambah Saiful, terlalu banyak spekulasi dan cerita yang berlegar di media sosial, dan lebih baik jika Yassin sendiri diberi ruang dan masa untuk berkongsi kisah sebenar apabila tiba masanya.

“Beri dia masa berehat dan saya yakin banyak perkara yang dia ingin kongsikan. Lebih afdal tuan punya badan sendiri yang bercerita apa yang terjadi sebenarnya,” ujarnya lagi.

Mengulas tentang situasi di Arab Saudi, Saiful menyatakan bahawa beliau hanya tahu secara umum bahawa undang-undang di sana berasaskan hukum hudud dan yakin jika Yassin hanya ditahan, bukan dihukum berat, mungkin masih ada ruang untuk pembebasan segera.

BACA JUGA:  Situasi global tak menentu, PM minta rakyat sambut raya secara sederhana

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak dari Malaysia ditahan di Jeddah, Arab Saudi sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja. Individu tersebut dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan sejak November, namun dikatakan berkemungkinan dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...