KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie mendakwa ibunya, Norzaini Abdul Hamid — yang juga dikenali sebagai cef selebriti Aunty Aini — sebagai seorang individu narsisistik yang bersikap toksik terhadap dirinya.
Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd, Fahizul, 37, membuat pendedahan tersebut secara terbuka menerusi siaran langsung di Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Zarina, ibunya bukan sahaja sering membuka aib dirinya kepada tetamu, malah turut menghasut orang lain agar membencinya.
“Ada tak mak sendiri cemburu dekat anak? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku.
\” Dia suka cerita aib aku.
\”Tapi depan orang dia berlakon dia baik,” katanya.
Lebih mengejutkan, Zarina turut mendakwa bahawa ibunya pernah berdoa agar dia tidak mendapat rezeki dalam hidup.
“Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.
\”Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku’,” ujarnya lagi.
Zarina juga mendedahkan bahawa ketika anaknya, Matin masih kecil, dia dilarang dipanggil \”mama\” dan sebaliknya diarahkan supaya dipanggil “Anju”.
Menjawab pertanyaan netizen mengapa dia masih tinggal di rumah ibunya, Zarina menjelaskan bahawa keputusannya adalah demi anak tunggalnya yang kini berada di situ.
“Soalan yang bagus.
\”Awak nak tahu kenapa? Sebab anak saya ada dekat sini,” jawabnya ringkas.
Selain itu, pelakon drama Anak Pontianak itu turut meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan bapa dan ibu tiri yang lebih memahami dan menyayanginya.
“Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi.
\”Alhamdulillah, aku sujud syukur sebab diberi ayah yang sangat baik.
\”Mak tiri aku pun jauh lebih baik daripada mak aku sendiri,” katanya.
Pendedahan tersebut meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Ada yang bersimpati dan mendakwa mengalami situasi serupa, manakala ada juga yang mempertikaikan tindakan Zarina berkongsi hal peribadi secara terbuka.
Untuk rekod, Aunty Aini merupakan cef popular yang memiliki restoran terkenal, Aunty Aini’s Garden Cafe di Nilai, Negeri Sembilan — restoran yang pernah dikunjungi oleh cef antarabangsa terkenal seperti Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yan.

