Nelayan didenda RM2,000 rotan anak tanpa sebab

SEBERANG PERAI – Seorang nelayan dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anak saudaranya yang berusia tiga tahun menggunakan rotan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Daim Salleh, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 10 Mei lalu, sekitar jam 2.30 petang di sebuah kediaman di Pulau Mertajam, Penaga.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli, dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan kes itu melibatkan penderaan ke atas kanak-kanak kecil.

Namun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberikan hukuman berbentuk denda minimum memandangkan dia masih bujang, bekerja sebagai nelayan tanpa pendapatan tetap, dan perlu menyara ibunya.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pada Isnin lalu, media melaporkan tertuduh direman selama tujuh hari selepas didakwa memukul anak saudaranya menggunakan kayu kecil tanpa sebab munasabah.

Tangkapan dilakukan selepas bapa mangsa yang juga seorang kelindan lori membuat laporan polis selepas melihat kesan penderaan terhadap anaknya ketika membuat panggilan video.

Mangsa ketika itu berada di bawah jagaan bekas isterinya.

BACA JUGA:  Pemandu lori batu mengaku tak bersalah pindah lembu curi
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...