Isnin | 26/10/2026 | 11:53:36 pm
HomeNasionalSelangor sekat iklan, promosi berkaitan vape

Selangor sekat iklan, promosi berkaitan vape

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan dan promosi berkaitan produk itu dengan segera atau berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, arahan itu telah dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini.

\”Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen bagi penjualan dan perniagaan e-rokok atau vape.

\”Mereka berniaga tanpa izin, tanpa lesen, dan memaparkan iklan secara sendiri,\” katanya dalam sidang media selepas lawatan rasmi ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|