Selasa | 27/10/2026 | 3:33:10 am
HomeDuniaKedutaan Malaysia nasihat rakyat elak sempadan Thailand-Kemboja

Kedutaan Malaysia nasihat rakyat elak sempadan Thailand-Kemboja

BANGKOK – Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia agar mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terjejas akibat pertempuran artileri yang berlaku di enam lokasi utama iaitu Kuil Ta Muen Thom, Kuil Ta Kwai, Chong Bok, Preah Vihear, Chong An Ma dan Chong Chom.

“Kawasan ini terletak di zon sempadan yang mempunyai pos pemeriksaan, dan ada kemungkinan penunggang motosikal atau pengembara karavan secara tidak sengaja memasuki kawasan tersebut.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|