Isnin | 26/10/2026 | 7:21:31 pm
HomeDuniaThailand-Kemboja setuju laksana gencatan senjata serta-merta

Thailand-Kemboja setuju laksana gencatan senjata serta-merta

KUALA LUMPUR – Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa sebarang syarat bermula tengah malam ini, sekali gus menamatkan ketegangan di kawasan sempadan kedua-dua negara yang berlarutan sejak akhir Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi hos mesyuarat khas tersebut berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan diplomatik yang konstruktif antara semua pihak yang terlibat.

“Gencatan senjata ini adalah langkah pertama yang penting ke arah meredakan konflik, memulihkan keamanan dan memastikan keselamatan di kawasan sempadan,” kata Anwar dalam sidang media bersama Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|