Selasa | 27/10/2026 | 6:33:48 am
HomeJenayahDalang samun, dadah tumpas ditembak polis

Dalang samun, dadah tumpas ditembak polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki dalang utama kumpulan samun dan pecah rumah serta terlibat dalam sindiket pengedaran dadah maut ditembak dalam satu insiden berbalas tembakan dengan pihak polis di Jalan Bukit Tunku, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi, suspek yang memandu kereta jenis BMW dipercayai berada di kawasan berkenaan bagi mencari sasaran baharu untuk aktiviti samun sebelum berjaya dikesan dan dipintas oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Op Api KL 3/2025.

Menurut Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berlaku aksi kejar-mengejar sebelum suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah polis, memaksa pasukan operasi membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|