Selasa | 27/10/2026 | 12:16:28 am
HomeDuniaAskar Thai cedera akibat letupan periuk api di sempadan Kemboja

Askar Thai cedera akibat letupan periuk api di sempadan Kemboja

BANGKOK – Seorang anggota tentera Thailand cedera selepas terpijak periuk api berhampiran sempadan Kemboja pagi tadi, sekali gus mencetuskan tuduhan baharu terhadap negara jiran itu kerana didakwa melanggar gencatan senjata.

Jurucakap Tentera Diraja Thai, Winthai Suvaree berkata, insiden berlaku sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) ketika pasukan sedang meronda di kawasan kuil Prasat Ta Muen Thom yang menjadi titik pertikaian di wilayah Surin.

“Kemboja terus menanam periuk api secara rahsia sebagai ancaman berterusan. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan perjanjian gencatan senjata,” katanya sambil menegaskan bahawa tentera Thai mungkin terpaksa menggunakan hak mempertahankan diri jika insiden berulang.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|