[VIDEO] Wani Kayrie teruja ‘Cak Cak Cekuk’ jadi persembahan utama Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda, Wani Kayrie meluahkan rasa syukur dan teruja apabila single terbarunya berjudul Cak Cak Cekuk dipilih sebagai antara persembahan utama sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di Putrajaya hujung bulan ini.

Lebih manis, kata Wani atau nama penuhnya Syazwani Syafirah Abdullah, 25, keterujaannya berganda apabila adiknya yang juga penyanyi, Wina Kayrie, turut diberi peluang menyanyikan lagu berkenaan pada acara berprestij itu.

“Selama ini saya simpan rahsia tentang pemilihan lagu ini. Bila dapat tahu adik sendiri yang akan menyanyikan Cak Cak Cekuk di pentas besar sambutan kemerdekaan, memang rasa sangat bangga dan berdebar.

“Tengok rakaman latihan pun sudah buat saya meremang. Ini bagaikan hadiah bermakna selepas lagu tersebut mencecah lebih sejuta tontonan. Terima kasih kepada semua yang menghargai karya ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Reaksi peminat di media sosial juga membanjiri ruangan komen dengan kata-kata positif, rata-ratanya menyifatkan lagu itu unik, bersemangat serta mampu menyatukan elemen tradisi dengan jiwa anak muda.

Untuk rekod, Cak Cak Cekuk diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, hasil ciptaan bersama Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh. Lagu bergenre pop moden dengan sentuhan tradisional itu diinspirasikan daripada irama rakyat popular Cak Cekur Udang Gamit yang diberi susunan kontemporari agar lebih dekat dengan pendengar masa kini.

BACA JUGA:  MRT jadi pilihan warga kota ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...