Selasa | 27/10/2026 | 9:15:34 am
HomeTerkiniMDB perjelas isu tular caj petak niaga RM400 libatkan Faiz Soul

MDB perjelas isu tular caj petak niaga RM400 libatkan Faiz Soul

BALING – Majlis Daerah Baling (MDB) tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tular caj petak niaga RM400 yang dikaitkan dengan pempengaruh media sosial, Faiz Soul, di platform TikTok sejak 10 September lalu.

Menurut kenyataan pada Ahad, caj berkenaan bukanlah ditentukan secara sewenang-wenangnya oleh pegawai, sebaliknya merangkumi tiga komponen yang telah ditetapkan dalam jadual kadar sedia ada, iaitu Lesen Perniagaan Sementara (RM100), Sewa Tapak Perniagaan (RM200) dan Caj Kutipan Sampah (RM100).

MDB menegaskan kadar tersebut telah lama diguna pakai sejak sebelum pandemik Covid-19 dan kekal sehingga kini. Tapak bersebelahan KFC Pekan Baling yang menjadi perhatian itu juga telah diwartakan sebagai kawasan gunasama dan komersial utama untuk program rasmi, ekspo serta karnival.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|