Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 36, memaklumkan bapanya, Azmi Deris, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam tadi selepas sekian lama bertarung dengan penyakit kanser usus.

Berita duka itu disampaikan sendiri oleh Amir menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin,” tulisnya ringkas.

Menurut Amir, jenazah bapanya itu akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi di Masjid Desa Rahmat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.

Terdahulu, pada Julai lalu, Amir mendedahkan bapanya menghidap kanser usus dan keadaannya semakin uzur dari hari ke hari. Sejak itu, Amir dilihat kerap berkongsi perkembangan kesihatan bapanya serta meminta orang ramai mendoakan agar diberi kekuatan menghadapi ujian tersebut.

Perkongsian Amir itu turut dihujani ucapan takziah serta doa daripada rakan artis dan warganet yang mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

BACA JUGA:  Akui kesalahan dan mohon maaf, ini tiga cara pujuk wanita berkesan lelaki perlu tahu
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...