Anwar gesa Israel bebaskan aktivis, sukarelawan Sumud Flotilla segera

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang terbabit dalam konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan segera selepas misi kemanusiaan itu dipintas secara tidak sah oleh rejim Zionis Israel.

Menurut beliau, flotila berkenaan bukan sahaja membawa bantuan kepada rakyat Gaza yang hidup di bawah sekatan zalim, malah menjadi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia.

“Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini menolak tindakan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar menegaskan, Malaysia akan mengambil segala langkah sah berlandaskan undang-undang antarabangsa bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya dalam memastikan keselamatan warganegara negara ini.

“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan dan kita tidak akan bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selagi hak serta aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia akan kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada mendesak agar kezaliman yang berlarutan sekian lama dihentikan.

BACA JUGA:  [VIDEO] PMX naik ETS3 balik KL
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...