Ahad | 11/10/2026 | 7:17:53 am
HomeNasionalAgong kurnia surat cara pelantikan Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan

Agong kurnia surat cara pelantikan Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Malaya dan beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan dalam majlis penuh istiadat di Istana Negara.

Menurut kenyataan yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis berkenaan berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil dan dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Malaya, Datuk Hashim Hamzah.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, Datuk Collin Lawrence Sequerahdan Datuk Azimah Omar.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|