MAPIM puji AirAsia benar kru bertudung langkah hormat identiti, hak pekerja muslimah

KUALA LUMPUR – Keputusan AirAsia membenarkan kru kabinnya bertugas dengan memakai hijab disifatkan sebagai perkembangan positif yang selari dengan identiti negara serta tuntutan agama majoriti rakyat Malaysia.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, langkah itu bukan sahaja memenuhi hak pekerja Muslimah, malah menunjukkan komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk lebih peka terhadap nilai masyarakat tempatan.

“Langkah ini perlu dipuji kerana ia memberi ruang kepada pekerja Muslimah menunaikan kewajipan tanpa menjejaskan profesion mereka. Pemakaian hijab bukan sekadar soal penampilan, tetapi mencerminkan kebebasan beragama serta integriti pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azmi menegaskan, dasar tersebut tidak seharusnya terhenti pada aspek pakaian semata-mata, sebaliknya diperluas kepada amalan mesra syariah secara menyeluruh dalam operasi syarikat.

“AirAsia wajar memperkemas prosedur kerja, garis panduan operasi, penyediaan makanan dan minuman, latihan integriti serta polisi perkhidmatan pelanggan agar selari dengan kehendak syariah,” ujarnya.

Beliau turut menyeru industri penerbangan tanah air menjadikan pendekatan AirAsia sebagai contoh dalam memperkukuh imej Malaysia sebagai negara majoriti Muslim yang menghormati nilai Islam.

Sebelum ini, media melaporkan AirAsia mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin yang membenarkan kru wanita memilih untuk memakai hijab ketika bertugas, dijangka bermula Ramadan depan.

AirAsia berkata, seragam merah ikonik syarikat itu akan dikekalkan, dengan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional mengikut konsep yang sama seperti uniform kru bertugas di laluan Jeddah.

BACA JUGA:  Jaga solat Isyak, Subuh berjemaah kunci raih lailatulqadar – Ustaz Jafri
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...