Selasa | 27/10/2026 | 3:33:05 am
HomeDuniaMalaysia gesa Kemboja, Thailand hentikan permusuhan di sempadan

Malaysia gesa Kemboja, Thailand hentikan permusuhan di sempadan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menggesa Kemboja dan Thailand menghentikan sebarang bentuk permusuhan susulan ketegangan yang semakin memuncak di sempadan kedua-dua negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu hantaran di media sosial berkata, beliau telah mengadakan perbualan telefon secara berasingan bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, bagi menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik berkenaan.

Menurut Anwar, Malaysia turut menetapkan supaya tiada sebarang tindakan ketenteraan dilakukan oleh kedua-dua pihak, termasuk pergerakan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, berkuat kuasa jam 10 malam (waktu tempatan), 13 Disember 2025.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|