Isnin | 26/10/2026 | 9:01:37 pm
HomeHiburanRani Kulup ditidurkan akibat jangkitan paru-paru

Rani Kulup ditidurkan akibat jangkitan paru-paru

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah, kini ditidurkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.

Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital berkenaan petang ini sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi dan pemantauan lanjut.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Razali turut menitipkan doa agar Abdul Rani dikurniakan kesembuhan segera.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|