Sekatan Ramadan, Israel hadkan 10,000 jemaah Solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan dalam suasana penuh ibadah dan ketenangan, penduduk Palestin pula berdepan sekatan keselamatan lebih ketat apabila Israel mengehadkan jumlah jemaah solat Jumaat di pekarangan Masjid al-Aqsa kepada hanya 10,000 orang.

Pengumuman itu dibuat pada Rabu, dengan penduduk Palestin dari Tebing Barat diwajibkan mendapatkan permit khas sebelum dibenarkan memasuki kawasan suci tersebut yang turut dikenali sebagai Haram al-Sharif.

Badan yang mengawasi hal ehwal awam dan kemanusiaan di bawah Pasukan Pertahanan Israel (IDF), iaitu COGAT memaklumkan langkah berkenaan diluluskan kepimpinan politik Israel selepas penilaian keselamatan dijalankan.

Menurut kenyataan itu, hanya lelaki berusia 55 tahun ke atas, wanita berumur 50 tahun ke atas serta kanak-kanak dibenarkan memasuki pekarangan masjid berkenaan sepanjang Ramadan.

Dalam perkembangan sama, pentadbir Baitulmaqdis mendakwa pihak berkuasa Israel turut menghalang Wakaf Islam yang dilantik Jordan daripada membuat persediaan menjelang Ramadan, termasuk pemasangan ruang teduh untuk jemaah dan penyediaan klinik sementara di kawasan masjid.

Imam kanan, Sheikh Muhammad al-Abbasi, turut mendakwa beliau dilarang memasuki Haram al-Sharif tanpa alasan jelas.

“Larangan itu dikenakan sejak seminggu lalu dan mungkin akan berlanjutan,” katanya dalam nada kesal.

Situasi itu berlaku ketika tahap keselamatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dipertingkatkan sempena Ramadan. Dalam masa sama, kumpulan pelampau Yahudi dilaporkan mengancam untuk melancarkan kempen pencerobohan baharu ke atas Haram al-Sharif.

Ancaman tersebut diumumkan menerusi media sosial yang dilihat sebagai provokasi terbuka terhadap penduduk Palestin. Berdasarkan kenyataan berkenaan, kumpulan terbabit merancang menceroboh tapak suci itu selama lima jam sehari kecuali pada Jumaat dan Sabtu bermula jam 6.30 pagi waktu tempatan.

BACA JUGA:  Keputusan SPM 2024 diumumkan 24 April ini

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, golongan ultranasionalis Yahudi semakin lantang mencabar larangan pelaksanaan upacara keagamaan bukan Islam di Masjid al-Aqsa seperti yang ditetapkan di bawah status quo.

Antara individu yang sering mencetuskan kontroversi ialah Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang dikaitkan dengan pendirian tegas serta tindakan provokatif berhubung isu kompleks di tapak suci berkenaan.

Sejak beberapa minggu lalu, laporan turut menyebut peningkatan jumlah penduduk Palestin yang ditahan dan diusir dari Kota Lama, ketika Israel didakwa meneruskan usaha memperluas kawalan di Tebing Barat.

Keputusan terbaharu itu sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan beribadah umat Islam di Baitulmaqdis, khususnya dalam bulan Ramadan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...