Kelewatan dan pembatalan dijangka, CAAM seru syarikat penerbangan bertindak proaktif

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan yang beroperasi ke dan dari Malaysia diingatkan supaya segera memaklumkan kepada penumpang mengenai sebarang kelewatan, pembatalan atau perubahan laluan penerbangan susulan penutupan ruang udara di Asia Barat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan perlu memastikan komunikasi dibuat secara tepat pada masanya dan telus selain menyediakan perkhidmatan serta bantuan kepada penumpang yang terjejas selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).

Menurutnya, syarikat penerbangan juga diminta mengambil langkah munasabah bagi meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang ketika gangguan operasi berlaku.

“Pengembara yang menuju ke, dari atau transit melalui kawasan terjejas dinasihatkan menyemak status penerbangan masing-masing dan memastikan butiran perhubungan sentiasa dikemas kini bagi menerima makluman terkini.

“Mereka juga digalakkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk penjadualan semula, bayaran balik atau bantuan lanjut jika diperlukan,” menurut kenyataan itu.

CAAM memaklumkan, penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat baru-baru ini berpotensi menyebabkan gangguan operasi kepada beberapa perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

“Syarikat penerbangan yang beroperasi ke dan dari kawasan terjejas mungkin mengalami kelewatan, perubahan jadual, perubahan laluan atau pembatalan penerbangan susulan sekatan ruang udara yang sentiasa berubah serta pertimbangan operasi.

“Langkah itu diambil demi keselamatan dan bagi mematuhi keperluan penerbangan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, CAAM menasihatkan penumpang yang merasakan hak mereka di bawah MACPC tidak dipatuhi supaya terlebih dahulu mendapatkan penyelesaian dengan syarikat penerbangan terbabit.

“Sekiranya perkara itu masih tidak diselesaikan, aduan boleh dikemukakan melalui saluran pengguna rasmi CAAM untuk semakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa itu sedang memantau situasi berkenaan secara rapi serta terus berhubung dengan syarikat penerbangan berkaitan bagi memastikan kepentingan penumpang sentiasa dilindungi. -MYBERITA

BACA JUGA:  Perdana Menteri hadiri majlis berbuka puasa bersama warga Parlimen
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...