Apabila al-Quran dipijak, diam bukan satu pilihan – Sultan Pahang

MARAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa berdiam diri bukanlah satu pilihan apabila kitab suci al-Quran dipijak, kerana perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam, malah mampu menggugat keharmonian negara.

Baginda bertitah, mempertahankan maruah agama merupakan kewajipan moral dan tanggungjawab iman setiap umat Islam, namun ia perlu dilakukan secara berhemah, beradab serta mengikut lunas undang-undang.

Baginda turut menzahirkan rasa dukacita dan kesal di atas insiden yang dilihat sengaja menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, termasuk isu seorang mahasiswa yang bertindak memijak naskah al-Quran baru-baru ini.

“Perbuatan ini bukan sahaja satu tindakan yang sangat biadap, bahkan suatu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati.

“Apabila al-Quran dipijak maka yang tercalar bukan sekadar kertasnya tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Dalam hal ini saya menegaskan dengan tegas, apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan,” titahnya.

Baginda menambah bahawa tindakan tegas, namun berhemah, perlu diambil bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Baharu Felda Jengka 19 yang dinamakan Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandriah di sini, semalam.

Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan semua pihak agar menghormati kitab suci semua agama dan tidak mempersendakan kepercayaan mana-mana penganut, selaras dengan prinsip keharmonian dan toleransi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. – MYBERITA

BACA JUGA:  Sultan Pahang titah rakyat dirikan solat hajat, doa tolak bala malam Jumaat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...