Lima lelaki dicekup ponteng puasa, beri alasan gastrik

IPOH – Lima lelaki ditahan kerana disyaki tidak berpuasa dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh Perak sejak 1 Ramadan lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, kesemua individu berusia antara 19 hingga 70 tahun itu telah diberikan Notis Perintahkan Hadir ke Unit Penguatkuasaan, Pejabat Agama Islam Daerah bagi tindakan lanjut.

Menurut beliau, kebanyakan mereka memberikan alasan tidak bangun bersahur, melakukan kerja berat serta mengalami masalah kesihatan seperti gastrik.

“Hasil semakan mendapati tiada individu yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan sama.

“Bagaimanapun jumlah ini menunjukkan peningkatan yang agak ketara kerana sepanjang tahun lalu hanya tiga kes tangkapan direkodkan,” katanya.

Sehingga Selasa, sebanyak 36 operasi penguatkuasaan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain kesalahan ponteng puasa, pemantauan turut mengesan premis makanan yang menjual makanan dan minuman kepada orang Islam untuk dimakan di premis sepanjang waktu berpuasa.

Kesalahan lain termasuk tabung kutipan derma yang diletakkan di kaunter premis makanan dan lokasi tumpuan awam tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Dalam pada itu, JAIPk turut melaksanakan pendekatan dakwah dan pendidikan dengan mengedarkan serta menampal poster di premis makanan dan lokasi tumpuan masyarakat, selain memberi khidmat nasihat dan hebahan melalui media sosial bagi memastikan mesej menghormati Ramadan sampai kepada semua lapisan masyarakat. – MYBERITA

BACA JUGA:  Ribut petir di Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak hingga malam ini
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...