KUALA LUMPUR – Di sebalik kesibukan orang ramai menyambut Hari Raya, terselit kisah seorang lelaki yang mencuri perhatian apabila berkongsi rezeki dengan pekerja pembersihan.
Dalam perkongsian TikTok oleh pengguna @acongkopicamping73, lelaki tersebut dilihat memberikan duit raya kepada wanita yang sedang menunaikan tugas membersihkan kawasan sekitarnya.
Menurutnya, ketika dia mengelilingi kawasan Kemaman, dia ternampak wanita terbabit sedang menunaikan rutin kerja membersihkan kawasan.
“Semasa saya pusing satu kawasan di Kemaman, saya ternampak mak cik sedang bekerja. Tergerak di hati saya untuk menyapa dan berkongsi sedikit rezeki,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan lelaki itu yang dianggap sebagai contoh sikap prihatin dan menghargai golongan kurang bernasib baik.
“Terima kasih jadi orang baik di Kemaman. Semoga murah rezeki rezeki dan dipermudahkan urusan selalu,” kata seorang pengguna.
Sebahagian netizen memuji wanita terbabit sebagai pekerja yang rajin dan mendoakan agar beliau sentiasa sihat dan diberkati. -MYBERITA

