Jumaat, 12 Jun 2026

Geng ‘cop parkir’ hilang kuasa, MBJB sita tong di tempat parkir

KUALA LUMPUR – Taktik ‘cop parkir’ menggunakan tong cat, kon, dan objek lain untuk menghalang kenderaan di kawasan awam kini tidak lagi berkesan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan tegas.

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok, petugas MBJB dilihat menyita pelbagai barangan yang digunakan penduduk untuk menandakan tempat parkir secara haram.

Dalam operasi itu, beberapa tong cat yang dijadikan ‘penanda’ turut diangkat dan dibawa oleh pihak berkuasa.

Tindakan MBJB ini mendapat sokongan ramai netizen yang memuji penguatkuasaan lebih tegas dalam menangani isu ‘cop parkir’ yang kerap menimbulkan kekecohan di kawasan awam. – MYBERITA

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com