Selasa | 27/10/2026 | 1:25:21 am
HomeTerkiniBerzikir tenangkan diri dalam perigi, pelajar bertahan hampir sejam lepas jatuh

Berzikir tenangkan diri dalam perigi, pelajar bertahan hampir sejam lepas jatuh

TUMPAT – Seorang pelajar tingkatan lima hanya mampu berzikir hampir sejam bagi menenangkan diri selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah di sini sebelum berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Wan Ahmad Mukhlis Wan Md. Fadhli, 17, dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 5.5 meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Azmi Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang duduk di atas penutup perigi yang diperbuat daripada simen sementara menunggu waktu peperiksaan sebelum ia tiba-tiba pecah.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|