Isnin | 26/10/2026 | 9:50:18 pm
HomeHiburanTinggal 20 peratus lagi, tiket AJL40 laris macam 'kacang goreng'

Tinggal 20 peratus lagi, tiket AJL40 laris macam ‘kacang goreng’

KUALA LUMPUR – Sambutan luar biasa terhadap Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) menyaksikan hanya kira-kira 20 peratus tiket masih berbaki, dengan peminat mula berpusu-pusu mendapatkan tempat menjelang malam kemuncak di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.

Lonjakan jualan itu dipercayai didorong faktor hujung minggu pertama selepas hari gaji, apabila ramai mengambil peluang untuk mendapatkan tiket lebih awal sebelum kategori popular habis dijual.

Menurut penganjur, AJL40 terus menerima reaksi hangat sejak tiket mula dibuka kepada umum, sekali gus membuktikan acara itu masih menjadi antara pentas muzik paling dinanti di negara ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|