Ahad, 12 Julai 2026
spot_img
Pilihan Raya Ini senarai keputusan penuh PRN Johor

[TERKINI] Ini senarai keputusan penuh PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar apabila berjaya menguasai 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi baki lapan kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN), MUDA, BERSAMA, PSM, BEBAS dan ASLI gagal meraih sebarang kerusi.

Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan BN mengekalkan penguasaan di kebanyakan kubu tradisinya selain berjaya merampas beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi PH dan PN.

Antara kemenangan paling besar dicatat BN ialah di Tiram menerusi Datuk Abdul Halim Suleiman dengan majoriti 28,255 undi, diikuti Permas (29,505), Panti (18,948), Johor Lama (16,344), Penawar (15,776), Sri Medan (15,814) dan Machap yang dimenangi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan majoriti 15,375 undi.

PH pula mempertahankan lapan kerusi iaitu Bentayan, Simpang Jeram, Penggaram, Mengkibol, Puteri Wangsa, Stulang, Skudai dan Senai.

DUNPemenangPartiMajoriti
N01 Buloh KasapDatuk Zahari SaripUMNO8,600
N02 JementahSee Ann GiapMCA913
N03 PemanisAnuar Abd ManapUMNO8,380
N04 KemelahK. Raven KumarMIC3,838
N05 TenangMohd Azahar IbrahimUMNO3,394
N06 BekokTan ChongMCA4,263
N07 Bukit KepongAhmad Syar’e YusofUMNO10,761
N08 Bukit PasirMohamad Fazli Mohamad SallehUMNO7,600
N09 GambirSahrihan JaniUMNO6,734
N10 TangkakHaw Chin TeckMCA3,182
N11 SeromNadhirah Afiqah Abdull RahimUMNO9,406
N14 Bukit NaningMohd Ghazali Sabari @ AtanUMNO3,610
N15 MaharaniDatuk Ashari Md SaripUMNO2,143
N16 Sungai BalangSelamat TakimUMNO8,926
N17 SemerahMohd Fared Mohd KhalidUMNO15,663
N18 Sri MedanDatuk Zulkurnain KamisanUMNO15,814
N19 Yong PengLing Tian SoonMCA4,603
N20 SemarangDatuk Samsolbari JamaliUMNO14,679
N21 Parit YaaniDatuk Mohamad Najib SamuriUMNO7,620
N22 Parit RajaNor Rashidah RamliUMNO13,576
N24 SenggarangMohd Yusla IsmailUMNO7,916
N25 RengitZaidi JaparUMNO10,817
N26 MachapDatuk Onn Hafiz GhaziUMNO15,375
N27 Layang-LayangChua Jian BoonMCA7,912
N29 MahkotaSyed Hussien Syed AbdullahUMNO16,645
N30 PalohLee Ting HanMCA6,199
N31 KahangV. RugendranMIC12,013
N32 EndauAlwiyah TalibUMNO3,545
N33 TenggarohMohd Youzaimi YusofUMNO15,258
N34 PantiDr Muhammad Naqib Md GhazaliUMNO18,948
N35 Pasir RajaDatuk Seri Adham BabaUMNO12,446
N36 SediliMuszaide MakmorUMNO16,213
N37 Johor LamaNorlizah NohUMNO16,344
N38 PenawarFauziah MisriUMNO15,776
N39 Tanjung SuratAznan TaminUMNO15,642
N40 TiramDatuk Abdul Halim SuleimanUMNO28,255
N42 Johor JayaChan San SanMCA7,268
N43 PermasBaharudin Mohamed TaibUMNO29,505
N44 LarkinMohd Hairi Mad ShahUMNO20,282
N46 PerlingP. Pannir SelvamMIC1,611
N47 KempasDatuk Ramlee BohaniUMNO14,953
N49 Kota IskandarDatuk Pandak AhmadUMNO21,206
N50 Bukit PermaiDatuk Mohd Jafni Md ShukorUMNO12,721
N51 Bukit BatuR. KumaranMIC174
N53 BenutDatuk Mohd Sumali ReduanUMNO15,701
N54 Pulai SebatangHasrunizah HassanUMNO13,590
N55 Pekan NanasTan Eng MengMCA12,281
N56 KukupMd Israk AbdullahUMNO11,354
DUNPemenangPartiMajoriti
N12 BentayanNg Yak HoweDAP6,112
N13 Simpang JeramNazri Abd RahmanAMANAH170
N23 PenggaramPoh Rui LingDAP4,137
N28 MengkibolChu Poh YeeDAP4,213
N41 Puteri WangsaDr Maszlee MalikPKR5,744
N45 StulangAndrew Chen Kah EngDAP623
N48 SkudaiKartiyaini JeyapalanDAP15,280
N52 SenaiWong Bor YangDAP3,595

Dengan keputusan itu, BN memperoleh mandat kukuh untuk mentadbir Johor bagi penggal akan datang selepas meraih 48 daripada 56 kerusi DUN, manakala PH kekal sebagai blok pembangkang rasmi dengan lapan kerusi. Perikatan Nasional serta parti-parti lain gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-